Sunday, July 26, 2009

RESEPI SUP TULANG


Gambar 1: ehem.sedapnye bau sup ni..nyam2..

Kalau anda nak tau..aku ni salah sorg peminat sup tulang aka sup gearbox(ala2 kenderaan bermotor)...so kali ni aku nak share ngan korang resepi sup yg sedap nih..follow ye kawan2..ianya semudah A.B.C..

1 kg tulang rusuk lembu

4 biji ubi kentang

10 ulas bawang merah (tumbuk)

5 ulas bawang putih (tumbuk)

1 cm halia muda (tumbuk)

1 1/2 sudu kecil lada hitam

1 sudu kecil jintan putih (tumbuk)

1/2 sudu kecil jintan manis (tumbuk)

4 biji buah pelaga (ketuk)

1 cm kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

2 kuntum bunga cengkih

2 tangkai daun sup

Sedikit bawang goring


CARA MENYEDIAKAN:

1.Rebuskan tulang lembu bersama kulit kayu manis sehingga dagingnya lembut.

2.Masukkan ubi kentang. Ketepikan.

3.Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau dan tuangkan

ke dalam periuk rebusan tulang tadi.

4.Seterusnya, masukkan sedikit garam dan kacau rata.

5.Masukkan pula daun sup dan bawang goreng.

6.Angkat dan hidangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...