Saturday, September 12, 2009

RESEPI UNGKEP AYAM (JAVANESE STYLE)

RESEPI MASAK UNGKEP JAWA

1. Hari ini aku masak masakan Jawa yang sangat terkenal di kepulauan tanah melayu iaitu ungkep ayam atau dalam bahasa melayunya masak sate goreng.

2. Memandangkan ini pertama kali aku memasak resepi ini, jadi aku menulis resepi tersebut dalam ruangan ini.

3. Resepi ini boleh juga guna daging, hati ayam atau apa2 saja yg dirasakan sesuai..


gambar 1:Ungkep di dalam periuk

gambar 2: ungkep yang telah siap di masak

Bahan-bahan untuk seekor ayam:
  • Biji ketumbar 2cawan
  • Jintan putih 2sudu besar
  • Jintan manis4sudu besar
  • Kunyit hidup 2inch
  • bawang besar 6biji
  • bawang putih sebiji(6ulas)
  • minyak masak
  • cili padi (jika mereka inginkan rasa pedas)
  • serai 4btg diketuk
  • asam jawa setangah cawan
  • gula&garam secukup rasa
Cara-cara:

1. kupas bahan-bahan yg boleh di kupas.
2. rendam biji ketumbar, jintan2 tersebut ngan air panas selama 2minit.
3. kisar bersama2 biji ketumbar,jintan putih, jintan putih, jintan manis, kunyit, bawang besar&bawang putih, ngan cili padi.
4. panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 yg di kisar td. masukkan 4btg serai yg di ketuk.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa korang.
6. Masukkan ayam yang sudah di potong dan gaulkan bersama dgn bahan yg di tumis.
7.masukkan air asam jawa lebih kurang 1cawan.
8.tggu didih sehingga ayam masak dan airnye kering sedikit kira2 20min.
9.siap di hidangkan dan di makan bersama nasi putih panas-panas.


p/s: selamat mencuba.sedapnya ungkep ayam..hehe

Wednesday, September 09, 2009

IKAN PATIN MASAK ASAM

hari semalam aku blaja masak lagi..

aku masak ikan patin masak asam..
harga patin murah gile..3 ekor saiz besar RM6.++
Gambar: hidangan yang menyelerakan..bau pon sedap!
bahan-bahan:
ikan patin 3 ekor
belacan secubit
cili sepedas yg anda mahu
asam jawa
kunyit

cara-cara:
1.siang ikan, potong ikut suke..kepala dia belah dua.
2. kisar belacan, cili padi
3.masukkan ikan dalam belanga, gaulkan ngan bahan2 yg dikisar td.
4. panaskan belanga, masukkan air asam jawa segenggam dalam belanga.masukkan kunyit serbuk secamca sudu teh, garam secukup rasa.kacau..
5.tambah air ikut paras2 ikan.
6.tggu 25minit.
7.siap untuk di makan.


p/s:weekend ni nak masak 'ungkep'..resepi javanese
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...